2008-07-18

kahwin paksa?

Isu Khas

Masih relevankah jodoh ditentukan keluarga
Dalam kepesatan arus teknologi masa kini, masih ada lagi ibu bapa yang mencari jodoh untuk anak mereka. Istilah bertunang masa kecil, menjodohkan anak untuk meluaskan perniagaan, merapatkan ikatan kekeluargaan dan banyak lagi alasan sering dijadikan faktor untuk mengatur perkahwinan.


Mungkin senario ini biasa berlaku di zaman dahulu apabila ada yang terpaksa berkahwin dengan sepupu sendiri mahupun ditunangkan ketika masih bayi. Bagaimanapun dewasa ini, masih ada sesetengah keluarga yang mempraktikkannya, tambahan pula kata orang kahwin pilihan ibu bapa banyak berkatnya. Bagaimanapun masih wujud pro dan kontranya terhadap isu yang dibentangkan kali ini iaitu “Baik Buruk Kahwin Pilihan Ibu Bapa”. Ikuti pandangan orang ramai serta motivator terkenal berhubung apa yang berlaku.

Kupasan yang dibuat oleh motivator terkenal merangkap kaunselor rumah tangga iaitu Dr Rubiah Kulup cukup jelas. Katanya perkahwinan yang diatur keluarga boleh dipraktikkan sekiranya ibu bapa memahami perlakuan dan kehendak anak mereka.

“Perlu difahami bahawa perkahwinan yang diatur keluarga bukanlah perkahwinan yang dipaksa. Istilah perkahwinan sendiri telah menjelaskan bahawa ia adalah satu ikatan suci yang dijalin untuk membentuk sebuah institusi kekeluargaan yang aman dan bahagia. Bayangkan sekiranya perkahwinan itu dicemari dengan unsur-unsur paksaan maka mustahil matlamat perkahwinan sukar untuk direalisasikan.

“Saya tidak menyalahkan ibu bapa jika mereka ingin mengatur perkahwinan si anak kerana ia bukanlah perkara yang bersalahan dari segi agama dan undang-undang tetapi faktor utama yang perlu diberi perhatian adalah kerelaan anak itu sendiri untuk dikahwinkan. Situasi seperti ini biasa terjadi dan kesannya bila berlaku sebarang konflik atau keruntuhan dalam rumah tangga, ibu bapa akan dipersalahkan,” ujar Dr. Rubiah.



Sesuai untuk si anak emak

Tambahnya, perbezaan gaya hidup antara dahulu dan sekarang juga menjadi salah satu faktor penyumbang mengapa ia kurang dipraktikkan. Dalam hal ini perasaan anak perlu diberi perhatian kerana si anak akan rasa terpinggir dan rendah diri. Seolah-olah keputusan mereka masih belum boleh digunakan hinggakan soal mencari pasangan pun masih ditentukan keluarga.

“Anak juga mempunyai hak untuk bersuara, lebih-lebih lagi dalam hal perkahwinan seperti ini. Sebaiknya ibu bapa memberi peluang kepada anak untuk memilih pasangan sekali gus melahirkan pendapat mengenai pilihan mereka. Bukannya ditolak bulat-bulat tanpa meneliti latar belakang bakal menantu terlebih dahulu. Kalau nak disamakan antara dahulu dengan sekarang memang jauh bezanya. Mungkin dahulu perkahwinan yang diatur keluarga kekal bahagia kerana pendedahan sosial dan gaya hidup tidak sama dengan sekarang. Tambahan pula anak-anak makin bijak memilih lantaran pendidikan serta ilmu yang diberikan.”

Katanya lagi, perkahwinan yang diatur keluarga sangat sesuai dipraktikkan jika si anak adalah ‘anak emak’ atau sibuk dengan kerja. Golongan seperti ini mudah menurut kata dan tidak banyak karenah untuk berpasangan dengan pilihan ibu bapa memandangkan mereka kurang kemahiran bersosial. Sesetengah kes yang berlaku di mana si anak bersetuju dengan pilihan ibu bapa tetapi bila berlaku perceraian, ibu bapa akan dipersalahkan.

“Kalau boleh kita tidak mahu berlaku situasi seperti itu. Ibu bapa disalahkan bila kehidupan rumah tangga anak mereka terkulai di tengah jalan. Kesannya ibu bapa terbeban dengan penyesalan manakala si anak pula akan rasa tertekan. Mulalah si anak lepas tangan dan lari dari realiti hidup dengan menyalahkan orang lain dari kesalahan yang mungkin berpunca dari diri sendiri.”



Ikuti kupasan seterusnya di dalam MW minggu ini.
(credit to = karangkraf.com.my):snow11:

No comments: